???? TAHNIAH & SYABAS! ????
Warga SMK Ayer Keroh mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para murid yang telah mengharumkan nama sekolah dalam Pertandingan Karnival TVET-UKM 2026 yang berlangsung di MITC, Melaka pada 10 hingga 11 Julai 2026.
???? SMART TVET TERRARIUM INNOVATION (i-PINTAR)
Tempat Kedua
Adeena Dania binti Yuspikarl
Adzra Wadhihah binti Kamarul Mustakim
Al Jufrie Noor bin Jatie Noor
Muhammad Danish Asyraaf bin Md. Zaki
???? MANAGEMENT TVET
Hadiah Saguhati
Rayyan Lai Ming Hau bin Idham Lai
Kheshev a/l Vasudevan
Muhammad Iqbal bin Ismael
Muhammad Qadri Azlan Shah bin Abdul Quddus
Kejayaan ini membuktikan komitmen, kreativiti dan semangat kerja berpasukan yang tinggi dalam kalangan murid SMK Ayer Keroh. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.
Tahniah dan syabas kepada semua peserta, guru pembimbing serta ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan. Teruskan melangkah cemerlang demi mengharumkan nama SMK Ayer Keroh.