• Main
  • News

Episod 5 : Tv Pss Spotlight ⭐️

Episod 5 : Tv Pss Spotlight ⭐️

Episod 5 : TV PSS Spotlight ⭐️
https://youtu.be/ZYYyF6GK0dA

???? Video liputan oleh TV PSS SMK Ayer Keroh bagi International Research and Innovation Engineering Day 2026 (i-RADIATE 2026)

Tahniah kepada TV PSS SMK Ayer Keroh yang telah diberi kepercayaan untuk membuat liputan International Research and Innovation Engineering Day 2026 (i-RADIATE 2026) yang berlangsung di Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Elektrik (FTKE), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Peluang ini menjadi medan terbaik buat pasukan TV PSS mengaplikasikan kemahiran kewartawanan, pengacaraan dan penghasilan video liputan dalam suasana sebenar di peringkat antarabangsa. Semoga pengalaman berharga ini terus menyemarakkan minat murid dalam bidang media kreatif dan komunikasi.

???? Tarikh: 24 Jun 2026 (Rabu)
???? Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
???? Tempat: FTKE, UTeM Kampus Induk

Syabas kepada semua guru pembimbing dan kru TV PSS SMK Ayer Keroh atas komitmen serta profesionalisme yang ditunjukkan. Terus berkarya, terus menginspirasi!


About Us

  • SMK Ayer Keroh

    Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Keroh Facebook Page. "Kecemerlangan Tekad Kami"