
???? MAKLUMAN PENYERTAAN GROUP TELEGRAM – HEUTAGOGI@TEAM_MELAKA
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Mohon jasa baik Tuan/Puan untuk menyebarluaskan makluman ini kepada semua murid di sekolah masing-masing.
Sukacita dimaklumkan bahawa satu group Telegram khas HEUTAGOGI@TEAM_MELAKA telah diwujudkan bagi membantu murid dalam pembelajaran mereka melalui Guru tutor maya. Group ini bertujuan untuk membantu murid menguasai pelbagai mata pelajaran melalui pendekatan Heutagogi.
???? Apa itu Heutagogi?
Heutagogi ialah pendekatan pembelajaran yang menekankan pembelajaran kendiri yang berpandukan inisiatif murid sendiri (self-determined learning). Ia memberi penekanan kepada:
✅Pembangunan kemahiran mengurus pembelajaran
✅Menyelesaikan masalah secara kreatif
✅Membuat keputusan pembelajaran secara aktif.
Pendekatan ini sangat sesuai dalam konteks pendidikan abad ke-21, di mana murid bukan sahaja menjadi penerima ilmu, tetapi juga peneroka dan pencipta ilmu berdasarkan minat serta keperluan mereka sendiri.
Pautan penyertaan:
???? https://t.me/+auAfWFt0YZc5OGU1
✅ Terbuka kepada semua murid sekolah menengah di Negeri Melaka.
✅ Bimbingan Guru Tutor Maya disediakan secara PERCUMA , dan santai tetapi berpandu.
✅ Fokus kepada sokongan pembelajaran kendiri dan kolaboratif .
Tindakan:
Mohon agar pautan ini disampaikan kepada semua murid melalui guru tingkatan, media sosial sekolah, atau sebarang saluran rasmi yang sesuai.
Kerjasama dan sokongan pihak Tuan/Puan dalam usaha memperkasa pembelajaran murid amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
#TEAMjpnmelaka
#TEAMppdjasin
#TASKFORCEJPNMelaka
#HeutagogiTeamMelaka
#TutorMayaMelaka
#MemasyarakatkanAI